Wednesday 4 September 2013

Wadiah (Janji Menyimpan)

Merupakan kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk berjanji menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya dari kecurian, kerosakan, kehilangan dan seumpamanya.


Sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan, pihak yang menjaganya tidak diminta membayar gantirugi kecuali ia disebabkan oleh kecuaiannya. Wadiah bentuk amanah (Yad al-Amanah) ini boleh berubah menjadi bentuk jaminan (Yad al-Dhamanah) apabila pemegang amanah barang atau wang menggunakannya dengan syarat telah memperoleh keizinan dari tuannya seperti yang berlaku dalam industri kewangan.


Firman Allah yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah-amanah yang diserahkan kepada kamu terhadap pemiliknya.”           (al-Nisa, 4:58)        
 

Rukun wadiah ialah;
  1. Penyimpan. Iaitu tuanpunya barang sama ada individu mahupun organisasi.
  2. Penerima simpanan. Orang yang diberi amanah menjaga barang.
  3. Barang simpanan. Bukan dari jenis barang yang mudah rosak.
  4. Akad. Ada tawaran dan penerimaan terhadap kontrak menjaga sesuatu barang atau harta.

Jenis-Jenis wadiah

Wadiah Yad Dhamanah

Wadiah dimana si penerima penyimpanan  dapat memanfaatkan barang simpanan tersebut dengan seizin pemiliknya dan menjamin untuk mengembalikan simpanan tersebut pada setiap saat si pemilik menghendakinya. Prinsip ini diaplikasikan dalam produk giro dan tabungan.

Wadiah Yad Amanah

Wadiah dimana penerima simpanan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang terjadi pada barang simpanan selama bukan akibat dari kelalaian atau kecerobohan daripada penerima simpanan dalam memelihara simpanan tersebut. Adapun aplikasinya dalam perbankan syariah berupa produk safe deposit box.

Jenis Barang Yang Diwadiahkan

Jenis barang-barang yang diwadiahkan adalah sebagai berikut :
  • Wang ( jelas sebagaimana yang telah dilakukann pada umumnya )
  • Harta benda ( biasanya harta yang bergerak, dalam bank konvensional tempat penyimpanannya dikenal dengan Safety Box satu tempat dimana boleh menyimpan barang apa saja kedalam tempat itu ) seperti Emas di Bank @ Ar-rahnu 
  • Dokumen ( saham, obligasi, giro, dll ) Barang berharga lainnya, seperti surat tanah atau yang dianggap berharga mempunyai nilai wang .

Objektif wadiah;
  • Menjamin keselamatan harta benda yang dimiliki oleh seseorang.
  • Mewujudkan sifat tolong-menolong di antara manusia.
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dan amanah terhadap hak-hak orang lain.

Hukum wadiah;
  • Kontrak wadiah diizin oleh syarak kecuali terdapat ciri-ciri yang diharamkan seperti penipuan dan riba.
  • Penyimpan dan penerima simpanan tidak disyaratkan pada seseorang individu sahaja. Kerajaan, syarikat, bank dan persatuan boleh juga terlibat.
  • Sekiranya pengambilan upah dikenakan oleh penerima simpanan, corak simpanan akan berubah dari yad amanah kepada yad dhamanah.

Wadiah dalam operasi perbankan

 Tanggungjawab bank hanya melibatkan bentuk jaminan (Yad al-Dhamanah) iaitu untuk akaun simpanan dan akaun semasa kerana ia memerlukan perbelanjaan dalam operasinya. Oleh itu bank mengenakan bayaran tertentu kepada pelanggan untuk menjaga wang simpanan, sijil, emas, barang kemas dan sebagainya. Dalam tempoh dalam kawalannya bank boleh menggunakan harta tersebut dan harta tersebut juga boleh diambil atau dikeluarkan oleh tuannya pada bila-bila masa. Akan tetapi sekiranya bank mendapat keuntungan semasa menggunakan harta tersebut maka itu adalah milik bank tetapi bank akan memberi sedikit dari untung tersebut kepada tuanpunya harta.

Secara umumnya ia terdapat dalam 3 bentuk;
  • Akaun Simpanan al-Wadiah
  • Akaun Semasa
  • Pelaburan
  • Perkhidmatan Peti Keselamatan

Rujukan :-

2 comments: