Al-Bai’ Bithaman Ajil lebih dikenali sebagai jualan harga tertangguh. Urus niaga al-Bai’Bithaman Ajil melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barangdan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh yang telah ditetapkan.
Menurut kertas seminar BIMB (modul III: Al-Bai’ Bithaman Ajil ) di KualaLumpur pada tahun 1994, Al- Bai’ Bithaman Ajil ialah satu kontrak perjanjian oleh pembiaya untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan. Pembiaya akan menjual semula harta yang dibelinya itu kepada pelanggan tersebut dengan harga pokok dan keuntungan. Namun, pelanggan tersebut akan membayarnya secara bertangguh mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan dibayar dengan jumlah tertentu secara beransur-ansur. Pembiaya biasanya merupakan pihak bank.
ASAS HUKUM
Aktiviti jual beli adalah diharuskan dalam Islam. Urus niaga Al- Bai’ Bithaman Ajil merupakan satu aktiviti perniagaan jual beli tangguh yang diharuskan sama seperti jual beli biasa. Perbezaan antara jual beli tangguh dan jual beli biasa adalah harga jualan bagi jual beli tangguh lebih mahal daripada harga biasa dan harga harga jualan itu meningkatmengikut tempoh masa penangguhan yang dikehendaki oleh pelanggan. Asas bagi al-Bai’ Bithaman Ajil adalah merujuk kepada hukum yang berdasarkan nas-nas berikut:
Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud;
” Dan ALLAH telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.’ ( Surah al-Baqarah, 2:275 )
Ayat tersebut menjelaskan bahawa aktiviti jual beli adalah halal dandiharamkan jika aktiviti tersebut mengandungi unsur riba’. Oleh itu, al-Bai’ BithamanAjil merupakan satu mekanisme dalam jual beli Islam yang memelihara rukun dan syarat jual beli yang ada dalam Mu’amalat Islam.
“Dan hendaklah kamu mendatangkan saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah orang yang menulis dan yang menjadi saksi itu saling menyulitkan.”( Surah al-Baqarah, 2:282 )
Ayat di atas juga menjelaskan keharusan dalam jual beli. Jual beli yang berbentuk hutang hendaklah memerlukan transaksi jual beli secara bertulis. Tujuan diwujudkan transaksi tersebut adalah untuk menghindarkan salah faham, penipuan dan pergaduhan pada masa akan datang serta tidak mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak.
”Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia ( keuntungan hasil perniagaan ) daripada Allah Tuhanmu”.( Surah al-Baqarah, 2:198 )
Ayat di atas menghalalkan pengambilan keuntungan dalam jual belidengan cara halal. Jual beli mesti dilaksanakan dengan perasaan redha meredhai antarasatu sama lain dan mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu, mekanisme jual beli yang menggunakan al-Bai’ Bithaman Ajil yang melibatkan pengambilan keuntungan melalui perniagaan jual beli harta dengan bayaran tertangguh adalah diharuskan.Hadith Rasulullah s.a.w; Daripada ‘Aishah r.a yang maksudnya;“Sesungguhnya Nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang
yahudi dengan menangguhkan bayaran kepada tempoh yang ditentukandan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan.” ( al-Bukhari )
Hadith ini juga menunjukkan bahawa al-Bai’ Bithaman Ajil atau jualan barang dengan harga tangguh pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri yang membeli makanan daripada seorang dengan menangguhkan bayarannya.Ijma’ Ulama;
Ulama fiqh Islam sepakat mengharuskan jual beli barangan dengan bayaran tangguh. Imam Shafi’i menjelaskan bahawa ” Tidak mengapa dengan seoranglelaki menjual barang dengan bayaran tangguh dan membelinya semula dari pembeli itudengan bayaran tunai yang lebih rendah.” Imam Malik juga mengharuskan jual belidengan bayaran tangguh. Bagi Imam Hanafi, sesiapa yang yang menjual sesuatu barangan dengan harga tunai dan kemudian menangguhkan bayarannya dalam tempoh yang ditetapkan, maka hukumnya sah dan jadilah hutang.
Ibn al-Humam pula menjelaskan bahawa dalil yang mengharuskan jual barang dengan bayaran lebih kerana tangguh adalah berdasarkan riwayat Ibn Umar r.ayang mengatakan bahawa, ”setelah Rasulullah s.a.w memperlengkapkan tentera, baginda memerintahkan aku supaya membeli seekor unta dengan harga dua ekor unta secara tangguh”. Peristiwa ini merupakan hujah bagi mengharuskan jual beli dengan bayaran lebih kerana tangguh. Maka, jelaslah bahawa pembiayaan al-Bai’ Bithaman Ajil yangtelah dilaksanakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, bank konvensional melalui SkimPerbankan Islam dan sebagainya adalah diharuskan mengikut nas Al-Quran, al-Sunnahdan Ijma’ Ulama.
RUKUN AL-BAI’ BITHAMAN AJIL
Rukun Al-Bai’ Bithaman Ajil merupakan rukun yang digunakan dalam mu’amalah jual beli mengikut hukum-hukum fiqh Islam. Selain itu, proses pembiayaan ini turut memerlukan transaksi perniagaan sebagai bukti urus niaga. Terdapat tiga rukun jual beli dalam Islam iaitu,
- Dua pihak yang beraqad (penjual dan pembeli),
- Dua aset barang yang diaqadkan (harta jualan dan harga bayaran)
- Dua lafaz ’sighah’ aqad (ijab dan kabul)
Syarat-syarat Bai’ Bithaman Ajil
Rukun Pertama; Pelanggan dan Pembiaya
Urusan jual beli mesti melibatkan dua pihak yang menjalankan aqad jual beli. Mereka juga terdiri daripada pelanggan di satu pihak dan pembiaya di satu pihak lain. Dalamtransaksi al-Bai’ Bithaman Ajil, penjual merupakan seorang pembiaya dan pembeli pula merupakan pelanggan. Pada permulaan proses urus niaga, pembiaya akan membelikan barangan atau harta yang dikehendaki oleh pelanggan daripada pembekal.
Seterusnya, pembiaya akan bertindak sebagai penjual barangan atau harta tersebut kepada pelanggannya dengan mengenakan harga yang lebih berbanding harga asal yang dibelioleh pembiaya. Selepas itu, pelanggannya akan membeli harta atau barangan tersebutdaripada pembiaya dengan harga tertangguh. Kedua-dua pihak mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syara’supaya urus niaga jual beli tersebut memenuhi hukum Islam.
Oleh itu, pembiaya bertindak sebagai penjual dan pelanggan merupakan seorang pembeli dalam transaksi yang melibatkan harta atau barangan bernilai serta melibatkan beberapa bentuk aqad perjanjian yang penting. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak adalah, mukallaf iaitu baligh, berakal, cerdik, dan saling redha meredhai antara satu samalain. Di Malaysia, pelanggan mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank (pembiaya).
Antara syarat-syarat tersebut adalah;
- Had umur pelanggan sekurang-kurangnya 18 tahun. Tujuannya adalah supaya pelanggan dapat membuat pertimbangan daripada akal yang cerdik untuk memikul tanggungjawab atas pembiayaan yang diterimanya, bertanggungjawab membayar ansuran hutang dan mengurus harta yang dibiayai dengan sempurna.
- Pelanggan mempunyai pendapatan satu pertiga dari gaji bulanan atau samadengan bayaran ansuran bulanan yang perlu dibayar. Pelanggan juga boleh berkongsi dengan orang lain sekiranya pendapatannya tidak memenuhi syarat.
- Pelanggan juga mestilah sanggup mengeluarkan cagaran deposit jaminan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh pembiaya.
- Pelanggan mestilah berjanji bersetuju meletakkan harta yang dibiayai itu sebagai cagaran atau jaminan ke atas pembiayaannya. Harta tersebut digadai kepada pembiaya sehinggalah pelanggan dapat melunaskan bayaran pembiayaannya.
- Pelanggan juga dipastikan supaya pembiayaan ke atas harta berkaitan, diguna pakai dan diuruskan untuk tujuan yang tidak bertentangan dengan hukum syara’dan kemurniaan akhlak Islam.
Rukun Kedua; Harta Dan Harga Pembiayaan
Harta atau barang yang dijual oleh pembiaya dan harga barang yang dibayar oleh pelanggan merupakan dua perkara yang diaqadkan dalam urus niaga, merupakan dua asetharta yang mesti disebut dalam ‘sighah’ aqad. Syarat barang serta harga yang dibayar adalah;
- Suci – barang yang dibiayai dan harga yang dibayar itu hendaklah terdiri daripada barangan atau harta yang suci dari segi hukum syara’. Ini bermakna, barangan atau harta tersebut bersih pada zatnya dan halal pada hukumnya.
- Bermanfaat – barangan pembiayaan dan harga yang dibayar itu mestilah terdiridaripada jenis barangan atau harta yang boleh dimanfaatkan dari segi hukum syara’.
- Milik penjual atau pembiaya – barangan atau harta yang dibiayai hendaklah milik pembiaya, sama ada melalui pembelian yang dijual semula kepada pelanggan ataumelalui gadaian yang digadaikan oleh pelanggan kepada pembiaya. Barang yang bukan milik pembiaya yang sah menurut syara’, tidak sah dijadikan barang pembiayaan. Contohnya, barang yang dicuri, dirompak atau diperoleh melalui rasuahatau menipu atau harta pusaka yang belum diagihkan mengikut pembahagian hukum faraid. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya;”Tidak sah talaq melainkan ke atas ke atas isteri yang dimiliki, tidak sahmerdeka melainkan pada hamba yang ia miliki dan tidak sah jual melainkanpada barang yang ia miliki.”( al- Tarmizi )
- Boleh diserah milik – barang pembiayaan mestilah barang yang boleh diserahmilik kepada pelanggannnya. Apabila barang atau harta tersebut telah dibeli oleh pembiaya daripada pembekal, maka barang tersebut hendaklah barang yang boleh diserah milik kepada pembelinya. Barang atau harta yang boleh yang bolehdiserah milik akan menjadi barang cagaran kepada pembiayaan dan barang atau harta tersebut akan didaftar sebagai ”HAK MILIK DITUNTUT OLEH”.
- Mengetahui barang dan harga yang diaqadkan – pembiaya dan pelanggan
- Mestilah mengetahui dengan jelas butiran aqad, kadar jumlah, sifat barang dan bentuk bayarannya. Mereka mestilah mengetahui dengan jelas jumlah bayarandengan tepat dan bentuk bayaran yang dipersetujui, sama ada tunai atau hutang, jenis dan mata wangnya. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud;
Rukun Ketiga; Lafaz Aqad Ijab Dan Qabul
‘Sighah’ aqad bermaksud dua lafaz aqad perjanjian jual beli yang diucapkan oleh penjual dan pembeli. Lafaz aqad perjanjian yang diucapkan oleh penjual disebut sebagai ijab dan lafaz aqad yang diucapkan oleh pembeli disebut sebagai qabul. Antara syarat ijab dan qabul adalah;
- Mestilah lafaz yang terang
- Hendaklah diucapkan dengan keredhaan kedua-dua belah pihak
- ‘Sighah’ aqad mestilah diucapkan oleh orang yang berakal
- Mendengar ucapan lafaz atau ’sighah’ ijab dan qabul
- Lafaz qabul sama dengan apa yang diucapkan pada ijab
- Bersambung ijab dan qabul dalam majlis aqad yang sama
Rujukan :-