Sunday 8 September 2013

Hibah (Pemberian)

Bahasa : Pemberian (al-Atiyyah)
Syarak : Pemindahan hak milik harta secara percuma semasa hidup/hayat orang yang berhak terhadap harta .


Dalil Al-Quran dan Hadis :

" Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya." (QS. An-Nisa' : 4)

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan Nabi SAW. Bersabda, "hadiah menghadiahilah kamu, niscaya bertambah kasih sayang sesamamu. (Sahih Bukhari)


KONSEP HIBAH (Hadiah)

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia  merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Apabila Pemilik menghibahkan aset atau hartanya kepada benefisiari maka pemilikan harta tersebut telah menjadi hak pemilik yang baru iaitu benefiasiari.


RUKUN DAN SYARAT HIBAH

Pemberi (al-Wahib) – Orang yang memiliki harta tersebut.
Hendaklah seorang yang berkeahlian, sempurna akal, baligh, mestilah tuan punya barang yang dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.

Penerima (al-Mawhub lahu) - Orang yang akan menerima harta tersebut dari pemberi.
Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Sighah (ijab & qabul)
- ‘Akad ijab / lafaz memberi milik oleh pemberi hibah

Contoh ijab/ lafaz memberi hibah ialah : saya berikan awak, saya memberi milik kepada awak tanpa harga, begitu juga saya beri makan awak akan makanan ini, dan saya jadikan baju ini bagi awak.lafaz-lafaz seperti ini tidak memerlukan niat, sebab ia adalah lafaz yang jelas nyata memberi maksud ‘beri/ hibah’.

Di sana ada lafaz-lafaz yang tidak jelas dan kesamaran, maka ia berhajat kepada niat. Contohnya ialah saya pakaikan awak baju saya ini, ambillah kereta saya (dikatakan kepada orang yang mencari kenderaan untuk kegunaannya). Perkataan di atas tidak jelas dalam memberi milik, maka berhajat kepada niat dan ‘uruf setempat.

- ‘Akad qabul / lafaz menerima milik oleh penerima hibah
Contoh lafaz terima hibah ialah : saya terima, saya rela, saya ambil hibah itu dan seumpamanya.

Harta yang di hibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal,mempunyai nilai di sisi syarak, milik pemberi hibah, boleh diserah milik dan benar-benar wujud semasa dihibahkan


PERKARA UTAMA DALAM HIBAH

• Mesti ada pengisytiharan pemberian daripada pemberi (Wahib)
• Penerima hibah (Mawhub Lahu) mestilah menerima harta tersebut samada dia menerima sendiri atau melalui wakil
• Penerimaan (qabd); hibah mestilah diserahkan oleh penghibah kepada penerima hibah.

MENARIK BALIK HIBAH

Seseorang tidak dibenarkan untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh penerima hibah.
Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah.

Dalil:

Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.”
(H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah)


PERBEZAAN ANTARA HIBAH, HADIAH, SEDEKAH, WAKAF, WASIAT, ZAKAT DAN JUAL BELI.

Hibah : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain/ benda tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela. Bebas diberikan kepada siapa saja, termasuklah kepada orang bukan Islam.

Hadiah : Memberi milik kepada orang yang diingini mendekat diri dan berkasih sayang, dan lazimnya barangan dibawa datang kepada penerima.

Sedekah : Memberi milik barangan kepada orang yang berhajat/ memerlukan dengan niat taqarrub kepada Allah dan ganjaran di akhirat. Tidak perlu ada pihak yang qabul/ menerima, dan haram mengambil balik selepas diserahkan barangan itu.

Wakaf : Menahan harta pokok yang bermanfaat daripada pemilikan seseorang dan pengendaliannya menjadi milik Allah secara berkekalan dengan niat bertaqarrub kepada Allah. Adakalanya memerlukan penerima dan adakalanya tidak memerlukan penerima.

Wasiat : Pemberian seseorang kepada orang lain, baik ia berupa barangan atau manfaat untuk dimiliki oleh orang lain, selepas pewasiat itu meninggal dunia. Pengertian lain, wasiat ialah perjanjian khusus yang disandarkan kepada kejadian selepas mati, dan kekadangnya disertai kebajikan.

Zakat : Pemberian wajib ke atas mereka yang berharta mengikut syarat tertentu kepada asnaf yang tertentu..
Jual beli : Memberi sesuatu dengan gantian yang dipersetujui.


Rujukan :-



2 comments:


  1. Apakah Anda mencari sebuah pemberian kredit terpercaya dan teruji handal untuk memecahkan masalah Anda, untuk bisnis skala kecil dan menengah untuk eleviate dan memberantas kemiskinan untuk menjadi seorang pengusaha dari Anda sendiri. Zainabloanfirm adalah organisasi yang dapat diandalkan didirikan untuk alokasi sumber daya modal untuk membantu kurang hak istimewa untuk menjadi independen dari Anda sendiri, suku bunga kami adalah 1,5%. kami mendistribusikan pinjaman kami kepada pelanggan dalam durasi 48hours, pemohon tertarik harus menghubungi kami melalui email. Zainabloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Halo,
    Apakah Anda mencari pinjaman? Anda memerlukan Pinjaman Usaha, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Perumahan, Atau apakah Anda menolak pinjaman bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda berada di tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Perusahaan pinjaman Eva Molska kami terbatas dalam memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu dengan tingkat bunga rendah dan terjangkau sebesar 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini via evamolska12@gmail.com

    ReplyDelete