Monday 9 September 2013

Konsep Musyarakah (Perkongsian)

Definisi Musyarakah

Musyarakah secara etimologi berasal dari bahasa Arab yang diambil dari kata syaraka yang bermakna bersekutu, meyetujui. Sedangkan menurut istilah, musyarakah adalah akad kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk suatu usaha tertentu dimana masing-masing pihak memberikan kontribusi dana (amal/expertise) dengan kesepakatan bahwa keuntungan dan resiko akan ditanggung bersama sesuai dengan kesepakatan.

Lewis dan Algaoud juga memberikan definisi musyarakah sebagai sebuah bentuk perkongsian dimana dua orang atau lebih menggabungkan modal atau kerja mereka untuk membahagi keuntungan, menikmat hak-hak dan tanggung jawab yang sama.

DASAR HUKUM

Al Quran

“ Maka mereka bersekutu pada sepertiga.” (QS An-Nisa:12)

“Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bersekutu itu sebagian mereka berbuat dzalim kepada sebagian yang lain kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh.”  (QS Shad: 24)

As-Sunah

Artinya : “Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Aku pihak ketiga dari dua orang yang berserikat selama salah satunya tidak menghianati lainnya.’” (H.R. Abu Dawud)


Rukun Musyarakah

  • Pemegang-pemegang saham dan rakan-rakan kongsi
  • Modal
  • Projek
  • Untung
  • Sighah(Ijab dan Qabul)

Syarat Musyarakah

1. Pemegang Saham

setiap pemegang saham dan rakan kongsi hendaklah layak untuk melantik wakil dan menjadi wakil, Syarat ini menjadi wajib kerana dalam menjalankan perniagaan al Musyarakah terdapat konsep al-Wakalah

setiap pemegang saham adalah tuan punya bersama syarikat dan berhak mengurus perniagaan syarikat bagi pihak dirinya serta bagi pihak pemegang-pemegang saham yang lain sebagai wakil,

Al musyarakah boleh dijalankan antara individu-individu dan juga antara badan-badan korporat

2. Modal

modal hendaklah terdiri daripada wang dan barang yang boleh dinilai dengan wang.
modal hendaklah dicampur menjadi milik bersama di antara pemegang-pemegang saham tanpa dibezakan antara hak milik seseorang dengan yang lain.
Kadar saham tidak semestinya sama di antara semua pemegang saham
setiap pemegang saham boleh memindahkan hak milik sahamnya kepada orang lain


3. Projek

  • Semua projek al-Musyarakah hendaklah halal mengikut syarak.
  • Kerja-kerja yang dijalankan oleh pemegang-pemegang saham untuk syarikat hendaklah dinilai secara berasingan dan boleh dicampur semasa pembahagian untung.
  • Seseorang pemegang saham boleh menyerahkan tugas menjalankan projek syarikat kepada rakan kongsinya. penyerahan tugas kepada orang tertentu boleh dijadikan syarat bagi penubuhan syarikat.
  • Pemegang saham yang diberi tugas menjalankan projek syarikat boleh menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan projek itu kecuali perkara-perkara yang boleh menyebabkan keraguan pemegang-pemegang saham yang lain terhadap dirinya seperti mencampurkan harta syarikat dengan hartanya, membuat akad al-Musyarakah dengan pihak lain tanpa keizinan daripada pemegang-pemegang saham yang lain atau memberi hutang kepada mana-mana pihak daripada harta syarikat tanpa keizinan. Oleh itu sekiranya ia melakukan mana-mana perkara yang tersebut maka tangunggjawabnya berubah daripada amanah(Yad Amanah) kepada jaminan(Yad Dhamanah).


4. Untung

  • Kadar pembahagian keuntungan hendaklah ditentukan semasa akad
  • Pembahagian keuntungan boleh mengikut kadar yang dipersetujui semasa akad
  • Tanggungan beban kerugian yang tidak disengajakan atau cuai hendaklah mengikut nisbah saham masing-masing.


Selain mudharabah, musyarakah juga merupakan salah satu bentuk produk di bawah kontrak perkongsian yang tersenarai di dalam institusi perbankan Islam. Dari segi bahasa, musyarakah atau syarikah bermaksud percampuran harta milik orang yang berlainan sehingga tidak dapat dibezakan antara satu sama lain.

Dari segi istilah, musyarakah adalah perjanjian yang dimeterai antara 2 pihak atau lebih sebagai rakan kongsi untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Sekiranya perusahaan mengalami kerugian, maka pembahagian kerugian mestilah berdasarkan modal masing-masing yang diketengahkan. Tidak disyaratkan modal semua rakan kongsi sama jumlahnya.

Di dalam aplikasi sistem perbankan Islam, bank bertindak sebagai rakan kongsi kepada pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep musyarakah tanpa mengenakan kadar faedah. Bank boleh membiayai perusahaan tersebut sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja.

Ini bermakna, sekiranya perusahaan tersebut mengalami keuntungan, bank berhak menerima bahagian daripada keuntungan perusahaan yang bakal diperolehi kelak. Kadar perolehan keuntungan sesama rakan kongsi hendaklah dipersetujui semasa kontrak dimaterai. Manakala pelanggannya pula mendapat bahagian daripada keuntungan atas sebab pembiayaan peribadi yang disuntik masuk ke dalam perusahaan dan juga kerja serta pengurusan yang dilakukannya sendiri. Sebaliknya, jika perusahaan tersebut mengalami kerugian, maka setiap pihak perlu menanggung kerugian tersebut mengikut jumlah pembiayaan yang diketengahkan.


Musyarakah Mutanaqisah

Musyarakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) juga dikenali sebagai musyarakah muntahiah bitamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.

Sebagai contoh, Ina telah memohon pembiayaan atas kontrak musyarakah mutanaqisah untuk membeli sebuah banglow. Setelah mengenal pasti banglow yang ingin dibelinya, Ina membayar 10% daripada harga banglow tersebut sebagai deposit. Baki sebanyak 90% dibayar oleh bank. Maka Ina berkongsi milik dengan pihak bank ke atas banglow tersebut sebanyak 1 : 9 (satu nisbah sembilan).

Ina telah bersetuju untuk membayar kembali kepada pihak bank sebanyak 1% setiap bulan secara berkala untuk mendapatkan pemilikan penuh (kadar bergantung kepada kontrak yang dipersetujui di awal perjanjian). Maka, dalam tempoh itu pemilikan bank ke atas rumah tersebut akan berkurang, manakala pemilikan Ina akan bertambah. Di akhir kontrak, pemilikan rumah tersebut telah berpindah sepenuhnya ke atas Ina, menjadikan nisbah pemilikan 10 : 0.

Rujukan :-

http://ayahaca.wordpress.com/2011/06/06/34/
http://mukhlisahfillah.blogspot.com/2010/12/konsep-musyarakah-perkongsian.html

10 comments: