Sunday 8 September 2013

Wakalah (Wakil)

Perwakilan dalam Islam

Di dalam Bahsa Arab perwakilan disebut sebagai al-wakalah. Al-Wakalah dari segi bahasa bermaksud memelihara, menjaga, menjamin dan mengganti. Contohnya, apabila seorag mewakilkan seorang yang lain, bererti orang yang menerima perwakilan itu tetap bertawakkal kepada Allah, ianya bermaksud menyerahkan urusannya kepada Allah.

Dari segi pengertian syara’ pula, Wakalah ialah; ” Satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syara’ kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.

Definisi

Perlantikan seseorang mengambil tempat seseorang dan mewakilinya bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya seperti membuat perjanjian, memberi dan memungut hutang dan lain-lain lagi semasa orang yang diwakili masih hidup. Akad ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

Firman Allah yang bermaksud;

“…sekarang utuslah salah seorang dari kamu membawa wang perak ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan lebih baik lagi halal; kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan.”
                                                        (al-Kahfi:19)

Konsep Wakalah atau perwakilan adalah diharuskan mengikut peruntukan yang digariskan oleh Islam dan ianya terpakai di dalam pelbagai urusan kehidupan manusia samada yang menyentuh hak-hak Allah ataupun yang berkaitan dengan hak-hak mansia.

Kewujudan konsep perwakilan sangat mustahak kepada manusia di mana ianya sangat meluas dipraktikkan di dalam urusan seharian mereka. Sebagai contohnya, pada hari ini, pelbagai aktiviti yang berlaku di dalam urusan perdagangan yang melibatkan aktiviti pelaburan, penanaman modal, pembelian saham, perniagaan dan tidak kurang juga dalam aktiviti-aktiviti pemasaran sebagaimana yang dipraktikkan di Takaful Ikhlas yang memerlukan kepada perantara yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut bagi menjamin keselamatan modal dan juga hak-hak orang perseorangan daripada ditipu dan sebagainya. Seorang yang kurang pengetahuan tentang sesuatu urusan atau tidak berkesempatan dari segi masa untuk melakukan urusan tersebut mereka diharuskan oleh syara’ untuk mewakilkan kepada orang lain yang tertentu (contohnya pihak bank atau pihak agensi) untuk menguruskan urusan tersebut.


Rukun-rukun wakalah 

  1. Wakil. Seorang yang berakal dan mumaiyiz serta tahu tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
  2. Pihak (orang) yang berwakil. Berakal, mumaiyiz dan tidak muflis.
  3. Perkara yang diwakili. Ia mesti dibolehkan oleh syarak dan dimiliki oleh pihak yang berwakil. Perkara itu hendaklah diketahui secara jelas untuk menggelakkan penipuan.
  4. Kontrak. Lafaz menyatakan mewakilkan seseorang dan lafaz penerimaan terhadap tugas perwakilan.

Manakala jenis wakalah terbahagi kepada;

  1. Wakalah Mutlaqah; tidak terikat dengan syarat tertentu (selain dari syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian).
  2. Wakalah Muqayyadah; diikat dengan syarat tertentu. Dihadkan masa atau keadaan.

Hukum wakalah 

  • Wakalah tidak boleh diwarisi dan dibubar apabila berlaku kematian.
  • Berakhir wakalah dengan selesai tugas-tugas yang diwakilkan atau wakil menarik diri ataupun pihak yang berwakil menyingkirkan wakil tersebut.
  • Wang atau harta yang diterima sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya tertakluk kepada hukum wadiah. Ia menjadi tanggungjawab wakil. Akan tetapi sekiranya barang atau benda yang diwakilkan musnah maka berakhirnya wakalah.

Berakhirnya Akad Wakalah
  1. Matinya salah seorang dari yang berakad, atau menjadi gila,. Karena salah satu syarat wakalah adalah hidup dan berakal. Apabila terjadi kematian, atau gila, berarti syarat sahnya menjadi tidak ada.
  2. Di hentikannya pekerjaan dimaksud. Karena jika telah terhenti, dalam keadaan ini wakalah tidak mempunyai makna lagi.
  3. Pemutusan oleh orang yang mewakilkan terhadap wakil sekalipun ia belum tahu.
  4. Wakil memutuskan sendiri. Tidak diperlukan orang yang mewakilkan mengetahui pemutusan dirinya atau tidak diperlukan kehadirannya.
  5. Keluarnya orang yang mewakilkan dari status pemilikan.

Rujukan :-

6 comments:

  1. Tidakkah langkah shereton langgar hukum al wakaah atas hujah perlantikan agong menteri2 kerajaan PH dibawah hukum al wakalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuyuk juak kau owh. Pesit pele oong ya kelak

      Delete
    2. Ya.Berlaku diperingkat takrif muqayyadah

      Delete
  2. Terima kasih kerana memembantu. Tq😉. Jawapannya sangat membantu. You are the best 👍👍

    ReplyDelete
  3. sangat membantu...terima kasih😄✨👍

    ReplyDelete