Wednesday 4 September 2013

Mudarabah (Perkongsian)

Definisi

Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

Merupakan juga satu kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana keuntungan. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama seperti 50:50, 60:40 dan 70:30. Manakala kerugian akan ditanggung oleh usahawan iaitu ia tidak memperoleh upah dari kerjanya sedangkan pemodal telah kehilangan modal yang disumbangkannya. Perkongsian pintar ini melibatkan pihak yang mempunyai modal tetapi tiada kepakaran dan pengalaman dalam perniagaan dengan ahli perniagaan yang berpengalaman tetapi kurang kemampuan dari segi modal.


Rukun mudarabah ialah;

  • Pemodal. Seorang dewasa, berfikiran waras dan sedia menyerahkan modalnya kepada usahawan sebagaimana jumlah yang dipersetujui.
  • Usahawan. Seorang dewasa, berfikiran waras dan boleh mengurus aktiviti ekonomi tanpa campurtangan pemodal.
  • Modal. Bentuk wang tunai yang telah ditetapkan jumlahnya.
  • Projek. Semua jenis aktiviti ekonomi yang halal menurut Islam.
  • Untung. Hak perkongsian antara pemodal dan usahawan. Ia dibahagi dua mengikut nisbah yang telah dipersetujui dalam kontrak.
  • Kontrak. Tawaran dan penerimaan (ijab dan qabul) sama ada secara bertulis ataupun dengan lisan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Syarat-Syarat mudarabah ialah;

  • Bentuk modal. Merupakan wang tunai yang ditentukan nilainya dan diserahkan kepada pengusaha selepas akad perjanjian dengan syarat yang telah dipersetujui.
  • Peratus pembahagian untung. Ia ditentukan semasa akad perjanjian.
  • Kerugian. Jika berlaku akan ditanggung oleh pemodal. Sedangkan pengusaha tidak akan memperolehi apa-apa pun jika projek perniagaan mengalami kerugian.
  • Usaha. Projek perniagaan yang dijalankan mestilah halal pada pandangan syarak.
  • Pembubaran. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum kerja projek dilakukan oleh pengusaha.

Manakala jenis-jenis mudarabah terbahagi kepada 2 iaitu;

  1. Mudarabah Mutlaqah. Pengusaha mendapat mandat penuh untuk melakukan kerja projek tanpa sebarang sekatan dan syarat seperti masa, tempat, potfolio perniagaan dan pelanggan.
  2. Mudarabah Muqqayadah. Pengusaha melakukan kerja projek dengan sekatan dan syarat tertentu seperti lokasi, jenis potfolio dan masa.

Hukum Mudarabah;
  • Kedua pihak yang melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah).
  • Tidak disyaratkan kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.

Mudarabah dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan pembahagian untung rugi di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati dalam bentuk;

  • Akaun Pelaburan
  • Akaun Simpanan Tetap
  • Akaun Pelaburan Istimewa

Kebaikan syarikat mudharabah
  • Mengurangkan pengganguran, memberi peluang pekerjaan
  • Meningkatkan ekonomi
  • Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal
  • Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal
  • Wujudnya kerjasama antara satu sama lain

Rujukan :-

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. PENERANGAN YG AMT BAGUS

    ReplyDelete
  3. good explanation!

    ReplyDelete
  4. Salam. Nice article. Lebih baik jika ada disertakan contoh perjanjiannya sekali

    ReplyDelete
  5. macam mana nak batal kan perkongsian ni ???

    ReplyDelete
  6. Macam mna nak batal kn perkongsian pada hari ini pada:01/09/2019 jam 8.34am....kami nak batal kn sekarang....

    ReplyDelete
  7. Sorry sebap ny tampa perancang kmi...so kmi nak batal kn sekanang dengan jumlah yg kami kasi tadi...

    ReplyDelete
  8. Terbaik... Alhamdulillah... Terima kasih dgn ilmu...

    ReplyDelete
  9. syarat pembatalan kontrak?

    ReplyDelete