Tuesday 3 September 2013

Khiyar (Pilihan) Dalam Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Pengertian Khiyar

Khiyar bermaksud memilih sama ada meneruskan kontrak atau sebaliknya iaitu menarik diri dalam sesuatu transaksi. Konsep ini adalah satu hak yang diperuntukkan oleh Islam kepada pihak yang melakukan kontrak bagi kepentingan setiap aktiviti ekonomi.

Faedah khiyar ialah;

a.                   Memberi peluang sama ada kepada pembeli atau penjual secara lebih mendalam terhadap tindakan jualbeli yang dilakukan bagi kepuasan setiap urusniaga.

b.                  Mengelakkan daripada ketidakpuasan, kerugian dan penyesalan di kemudian hari disebabkan kontrak dari segi harga, kuantiti dan kualiti barang-perkhidmatan.

Bahagian-bahagian Khiyar

Khiyar terbahagi kepada 17 jenis. Namun dalam perbincangan ringkas ini hanya beberapa bahagian khiyar sahaja yang akan dibincangkan iaitu khiyar Majlis, khiyar Syarat, khiyar Aib, khiyar ru'yah dan khiyar ta'yin.

1. Khiyar Majlis

Khiyar ini bermaksud setiap pihak yang berkontrak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak selama mana mereka berdua masih berada di majlis kontrak itu iaitu sebelum mereka bersurai atau berpisah. Berpisah dalam majlis itu sepertimana yang difahami pada adat seperti telah beredar atau keluar dari tempat transaksi berlaku.

Pihak yang berkontrak mempunyai hak dalam menerus atau membatalkan kontrak selama mereka masih berada dalam majlis kontrak., atau salah seorang  baik penjual atau pembeli memberi pilihan (khiyar) kepada seorang lagi lalu ia memilih untuk berkuatkuasanya kontrak itu.

 "Dua orang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka belum berpisah di tempat akad atau selama mana salah seorang daripada mereka tidak mengatakan kepada seorang lagi pilihlah"


  •  Apa yang yang dimaksudkan ialah berlakunya proses tawar menawar harga, atau kuntiti baarangan.
  • Jika meneruskan pembelian tidak dikatakan khiyar majlis , iaitu jika adanya ijab dan qabul
  •  Pembeli boleh memilih barangan selagi belum membuat keputusan untuk membeli dan membayar harga.

Berpisah dari tempat akad bermaksud
  • Berpisah atau telah meninggalkan tempat urusniaga dilakukan
  • Perpisahan berdasarkan uruf atau adat kebiasaan.
  • Sekiranya tempat yang kecil,( kedai runcit) berpisah ialah apabila keluar dari kedai tersebut
  • Jika tempat yang besar, hak khiyar tamat apabila beredar dari tempat tersebut.

2. Khiyar Syarat

Penjual atau pembeli atau salah seorang dari mereka membuat syarat pada waktu akad supaya kontrak itu mempunyai khiyar (pilihan). Umpamanya pembeli mengatakan; “Saya beli barang ini dengan harta khiyar selama 2 hari”. Dengan lafaz ini maka kontrak jual beli itu telah berlaku dengan tempoh khiyar mengikut sepertimana yang telah ditetapkan. Tempoh Khiyar Syarat menurut Jumhur fuqaha bahawa tempoh khiyar yang diisyaratkan hendaklah dimaklumi. Jika tidak, maka ia dianggap rosak. Dari segi tempoh masa khiyar, ada ulama yang berpendapat ia tidak boleh lebih daripada tiga hari.

Maksudnya: “ Kedua-dua penjual pembeli atau salah seorang daripada mereka membuat syarat di waktu akad. Contohnya pembeli mengatakan: “ saya beli barang ini dengan harga RM 100 dengan syarat selama 2 hari”. Ini bermakna kontrak jual beli berlaku dengan tempoh khiyar seperti yang ditetapkan.

Tempoh khiyar syarat.  
  • Jumhur ulamak bersetuju bahawa tempoh khiyar mesti diketahui oleh penjual dan pembeli
  •  Khiyar mesti ditentukan masa (tidak boleh berpanjangan), atau dalam jangkamasa yang tidak dapat ditentukan
  • Abu Hanifah dan Syafie berpendapat tempoh kyiar adalah 3 hari berdasarkan hadis nabi: “ Engkau boleh khiyar pada semua jenis baarangan yang engkau telah beli selama 3 hari 3 malam”.
  • Maliki, Hambali – tempoh khiyar adalah mengikut persetujuan bersama, alasan mereka buah-buahan tidak boleh khiyar melebihi 1 hari, pakaian dan ternakan 3 hari, tanah dan rumah adalah lebih sebulan. Mereka berpegang kepada hadis riwayat Ibn Umar:” Baginda membenarkan khiyar sehingga 2 bulan”.
  • Pandangan yang kuat ialah pandangan Maliki dan Hambali, kerana bersesuaian dengan keadaan semasa.

  Kesan Khiyar Syarat

a.  Penerusan atau pembatalan kontrak hendaklah dilakukan dalam tempoh khiyar
b.  Jika ingin membatalkan kontrak maka hendaklah  dilakukan dalam tempoh khiyar. Jika tidak kontrak dikira berkuatkuasa sebaik sahaja tamat tempoh khiyar.  Jika pembatalan dinyata atau disebut.

Dalam tempoh khiyar barang jualan adalah menjadi tanggungan orang yang mensyaratkan khiyar, sama ada penjual atau pembeli.

  Penamatan Tempoh Khiyar Syarat

Tempoh khiyar tamat jika berlaku perkara berikut;
  • Kontrak diterus atau dibatalkan
  • Berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan atau tanpa pembatalan
  • Kerosakan barang yang dikhiyarkan
  • Berlakunya penambahan pada barang yang dijual di tangan pembeli
  • Kematian orang yang disayaratkan khiyar untuknya

3. Khiyar Aib

Ia bermaksud berlaku kecacacatan atau kerosakan sesuatu barang yang dibeli atau tidak menepati spesifikasi sepertimana yang dikontrakkan. Khiyar ini tetap  hukumnya dengan syarat secara tidak langsung atau secara isyarat (khiyar syarat). Pembeli boleh menamatkan kontrak ataupun meminta harga yang lebih rendah kerana pembeli tidak tahu sifat kecacatan itu sewaktu membeli atau sewaktu membuat kontrak. Dari segi hukum ia merupakan suatu yang harus berdasarkan beberapa hadith. 

Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.;
“Aisyah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah membeli seorang budak (hamba). Budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan kemudian didapati budak itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian budak itu dikembalikan semula kepada penjualnya”.
                                                               (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Syarat-syarat Khiyar Aib

  • Kecacatan wujud sebelum kontrak atau setelah kontrak tetapi belum dilakukan penyerahan
  • Jika kecacatan berlaku selepas akontrak, maka khiyar aib tidak boleh disabitkan
  • Kecacatan tidak diketahui oleh pembeli sewaktu kontrak. Jika pembeli tahu tiada khiar aib.
  • Jenis barang yang dibeli biasanya tidak cacat
  • Kecacatan tidak hilang sebelum kontrak dibatalkan
  • Kecacatan tersebut bukan dari jenis yang mudah diatasi. Contohnya baju kecil, radio tidak berfungsi.

4 . Khiyar Ru’yah

Khiyar ru’yah adalah hak pembeli untuk membatalkan akad atau tetap melangsungkannya ketika ia melihat obyek akad dengan syarat ia belum melihatnya ketika berlangsung akad atau sebelumnya ia pernah melihatnya dalam batas waktu yang memungkinkan telah jadi batas perubahan atasnya

Konsep khiyar ini disampaikan oleh ulama Hanafiyah, Malikiyah, Hanabilah dan Dhahiriyah  dalam kasus jual beli benda yang ghaib (tidak ada di tempat) atau benda yang belum pernah di periksa, berdasarkan Hadits yang artinya:
“Barang siapa membeli sesuatu yan g belum pernah dilihatnya, maka baginya hak khiyar ketika melihatnya” (HR. Darul Quthni)

Namun imam Syafi’ie menyangkal keberadaan Khiyar ru’yat ini, karena menurutnya jual beli  terhadap barang yang ghaib (tidak ada ditempat) sejak semula sudah tidak sah.

 Ini terjadi manakala pada saat akad dilakukan barang yang ditransaksikan tidak ada di tempat sehingga pembeli tidak melihatnya. Jika ia telah melihatnya maka khiyar ru’yahnya menjadi hangus dan tidak berlaku.  Khiyar ru’yah, seperti halnya khiyar-khiyar yang telah dijelaskan di depan berlaku hanya pada akad lazim yang mengandung potensi untuk dibatalkan seperti jual beli barang yang sudah siap di tempat dan ijarah(sewa). Adapun jual beli barang yang belum siap dan hanya diberitahukan lewat ciri-ciri dan sifatnya saja seperti dalam akad salam, maka khiyar ru’yah tidak berlaku.

Selain dari hadis di atas para ulama juga berpendapat bahwa khiyar ru’yahini sangat diperlukan dalam berbagai transaksi perniagaan. Misalnya saja, seseorang mungkin menginginkan suatu barang yang belum ia lihat, dengan adanya khiyar ru’yah maka transaksi ini dapat diselesaikan dengan mudah kerana ia dapat diberi kesempatan melihat barang yang akan dibeli sehingga terhindar dari kecurangan, tipuan dan permainan yang akan merugikan dirinya.


Syarat Khiyar Ru’yah bagi yang membolehkannya antara lain
  • Tidak/ belum terlihatnya barang yang akan dibeli ketika akad atau sebelum akad.
  • Barang yang diakadkan harus berupa barang konkrit seperti tanah, kendaraan, rumah dan lain-lain.
  • Barang yang akan ditransaksikan berupa barang yang secara fizikal dan dapat dilihat berupa harta tetap atau harta bergerak.
  • Barang dagangan yang ditransaksikan dapat dibatalkan dengan mengembalikan saat transaksi.
  • Tidak melihat barang dagangan ketika terjadi transaksi atau sebelumnya, sedangkan barang dagangan tersebut tidak berubah.

5. Khiyar Ta’yin

Yang dimaksud dengan khiyar ta’yin adalah hak yang dimiliki oleh orang yang menyelenggarakan akad (terutama pembeli) untuk menjatuhkan pilihan di antara tiga sifat barang yang ditransaksikan. Biasanya barang yang dijual memiliki tiga kualitas yaitu biasa, menengah dan istimewa. Pembeli diberikan hak pilih (ta’yin) untuk mendapatkan barang yang terbaik menurut penilaiannya sendiri tanpa menadapatkan tekanan dari manapun juga. Khiyar inipun hanya berlaku bagi akad-akad muawazhat yaitu akad-akad yang mengandung tukar balik seperti macam-macam jual beli dan hibah.

Tidak semua fuqaha sepakat dengan khiyar ini karena menurut mereka wujud khiyar ini mengindikasikan adanya ketidakjelasan dalam barang yang ditransaksikan. Padahal dalam persyaratan akad, barang yang akan dijual harus jelas dan terang. Karena itu dibolehkannya khiyar ta’yin dalam akad seolah-olah bertetangan dengan persyaratan akad.

  Sementara itu Abu Hanifah (Imam Hanafi) dan kedua sahabatnya (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) membolehkan khiyar ta’yin secara istihsan karena hal ini sangat diperlukan dalam kehidupan bisnis. Misalnya ada orang yang mau membeli suatu barang yang ia butuhkan, tetapi ia tidak mengetahui banyak tentang kegunaan secara optimal, kualitas, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan manfaat dan kualitasnya. Untuk itu ia perlu konsultasi dengan orang lain yang lebih ahli dalam bidang itu sehingga dapat memilih secara bijak dan tepat.

Syarat-syarat khiyar ta’yin

1. Biasanya kualiti suatu barang itu terdiri daripada biasa, menengah dan istimewa. Kerana itu khiyar dibatasi hanya pada tiga klasifikasi di atas. Lebih dari itu tidak diperlukan lagi khiyar.

2. Adanya kualiti dan jenis barang atau harganya bertingkat-tingkat.

3.      Masa khiyar ta’yin harus tertentu dan dijelaskan, misalnya 3 hari.
Jika pembeli sudah menjatuhkan pilihannya pada salah satu jenis barang yang ditawarkan, maka akad sudah jadi dan kepindahan kepemilikan telah berlaku.


Kaedah-kaedah Mesabitkan Sesuatu Kecacatan

  • Kecacatan dapat dilihat secara zahir
  • Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar, contoh sakit jantung
  • Kecacatan yang hanya diketahui oleh wanita
  • Kecacatan yang tidak dapat dilihat atau disaksikan kecuali melalui pengujian. Contohnya kes mencuri.
  • Penamatan Kontrak Khiyar

1.  Tamat kontrak melalui pembatalan

  • Pembatalan dengan sebab rosaknya kontrak
  • Pembatalan dengan sebab khiyar
  • Penarikan balik tawaran
  • Tamat tempoh kontrak atau tercapai maksudnya
  2.  Penamatan kontrak dengan sebab kematian

  • Kontrak sewa
  • Gadaian dan Jaminan
  • Syarikat dan Perwakilan
  • Muzaraah dan Musaqah (penanam, penyiram)

Rujukan :-

No comments:

Post a Comment